shukri (@shukri26) 's Twitter Profile
shukri

@shukri26

Kita Hidup Untuk Perhatian Allah , Bukan Untuk Perhatian Manusia

ID: 1100971829034770432

calendar_today28-02-2019 04:11:53

454 Tweet

74 Followers

265 Following

Youth Football Malaysia (@youthfootballmy) 's Twitter Profile Photo

Kembalikan bola sepak kepada rakyat tak bermaksud peminat bola yg pegi stadium ni nak mengurus bola sepak Ianya slogan simbolik supaya bola sepak tidak dipengaruhi oleh golongan elit yang ada kepentingan sendiri

ultra Selangor (@ultrasel_) 's Twitter Profile Photo

Segala skandal, pemalsuan dokumen, korupsi, keputusan teknikal yang bangang, naturalisasi ekspres, tatakelola yang rosak, kes tidak membayar gaji pemain, semuanya membuktikan satu perkara;

ultra Selangor (@ultrasel_) 's Twitter Profile Photo

1. “KEMBALIKAN” “Kembalikan” bermaksud sesuatu telah diambil, diseleweng, dan digunakan secara salah. Maka ia mesti dipulangkan semula.

ultra Selangor (@ultrasel_) 's Twitter Profile Photo

Ia menuntut pembetulan terhadap: • Bolasepak yang telah dirampas oleh golongan elit dan birokrat • Sukan yang diperalatkan untuk agenda politik dan kepentingan peribadi • Sistem yang digerakkan oleh kuasa dan kepentingan, bukan integriti

ultra Selangor (@ultrasel_) 's Twitter Profile Photo

“Kembalikan” bukan nostalgia kepada era lama. Ia menuntut pemulihan menyeluruh: • Tatakelola yang telus • Institusi yang berintegriti • Liga yang kompetitif • Sistem akar umbi yang berfungsi • Penyokong diiktiraf sebagai stakeholder sebenar dalam ekosistem bolasepak

ultra Selangor (@ultrasel_) 's Twitter Profile Photo

2. “BOLASEPAK” Semua orang tahu apa itu bolasepak. Yang rosak bukan sukan ini. Yang rosak ialah manusia yang menguruskannya.

ultra Selangor (@ultrasel_) 's Twitter Profile Photo

Bukan seorang, tetapi keseluruhan sistem yang membenarkan kerosakan ini berlaku. Maka isu sebenar bukan tentang permainan bolasepak. Isunya ialah siapa yang merosakkannya, dan siapa yang layak menjaganya dengan amanah serta berintergriti.

ultra Selangor (@ultrasel_) 's Twitter Profile Photo

3. “RAKYAT” “Rakyat” dalam slogan ini bukan kategori sosial. Ia bukan hanya merujuk kepada: • Golongan bawahan • Komuniti • Penyokong biasa

ultra Selangor (@ultrasel_) 's Twitter Profile Photo

Ia juga termasuk: • Golongan elit • Institusi diraja • Ahli politik • Pentadbir • Pegawai tinggi Mereka juga rakyat, jika mereka memenuhi satu syarat asas; TIDAK MENJADIKAN BOLASEPAK SEBAGAI ALAT UNTUK MEMUASKAN NAFSU DAN KEPENTINGAN PERIBADI.

ultra Selangor (@ultrasel_) 's Twitter Profile Photo

Nafsu dan kepentingan peribadi yang dimaksudkan ialah: • Nafsu untuk menang melalui kezaliman • Nafsu untuk berjaya melalui penipuan • Nafsu untuk menutup kesalahan dengan kuasa • Nafsu untuk menunggang sukan ini demi keuntungan sendiri

ultra Selangor (@ultrasel_) 's Twitter Profile Photo

Namun kerosakan ini tidak akan berhenti jika ia terus dibiarkan. Sukan bolasepak rosak bukan sahaja kerana mereka yang menyalahgunakannya. Ia juga rosak kerana kita tahu ia rosak, tetapi kita memilih untuk diam dan terus menyokong secara membabi buta.

ultra Selangor (@ultrasel_) 's Twitter Profile Photo

Jika penyokong sendiri tidak berani menegur dan menuntut pembetulan, maka bolasepak akan terus menjadi permainan mereka yang berkepentingan, dan ia tidak akan lagi menjadi milik rakyat.

ultra Selangor (@ultrasel_) 's Twitter Profile Photo

Sesiapa yang menolak segala nafsu dan kepentingan peribadi ini, dan menjaga integriti serta maruah sukan ini, dialah yang dimaksudkan sebagai RAKYAT. Kepada merekalah bolasepak ini perlu dikembalikan.

firdaus 🌑 (@fird08) 's Twitter Profile Photo

ultra Selangor banyak betul cytro dalam reply section 😂 maksud kembalikan harimau malaya kepada FAM tu maksudnya stop bagi pihak lain terlalu byk influence dalam national team. e.g: pemilihan 7 orang player warisan, isu yg kata kejap dia CEO kejap consultant, isu agent yg cari player2 warisan

•Syaimok’s• (@kopieoj) 's Twitter Profile Photo

Baca replies rata2 jytro sahkan dan faham yang skuad kebangsaan dibawah kelolaan FA Malaysia Tapi jytro tahu ke tidak ada 1 lagi organisasi Malaysia NT yang uruskan skuad kebangsaan 😂 siap ada CEO bagai HAHAHA Ni namanya perangai pantek jytro tuan tuan 🤣

anakmemberontak (@anakmember0ntak) 's Twitter Profile Photo

Untuk apa? Main pun sekadar sub, bukan pemain utama, baik bedi lebih tumpuan dan peluang kepada pemain tempatan, ni kang pegang passport Malaysia, gaji USD, lepas tu passport negara asal masih simpan, macam gampang, tak payah lah