MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile
MokCik

@maizatulasma_

Che'gu Mai | Menulis dari hati | Membimbing kerana Allah | ❀ Petanque | Melancong | Bisnes |

Ada ebook emas PERCUMA di link bawah πŸ‘‡

ID: 1422333470626381825

linkhttps://linktr.ee/PG00323615 calendar_today02-08-2021 23:08:30

1,1K Tweet

601 Followers

387 Following

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Kadang-kadang lebih baik diam dan menjadi bodoh daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh membuatkan orang tidak suka, menyampah, meluat dengan kita.

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Andai dapat ku undurkan masa. Pasti aku tidak akan mengalirkan air mata di pipi mu. Pasti aku tidak akan menyakiti hati mu sekejam itu. Hingga kau pergi tidak menoleh lagi. Hingga kau tidak ingin walaupun hanya sekadar bersahabat seperti dulu. Maafkan aku. 😒

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Kita terlalu memandang kesenangan dan kebahagiaan orang lain sehingga kita kurang bersyukur atas nikmat-nikmat yang Allah telah berikan selama ini. Belajarlah bersyukur kerana ada orang lain mengimpikan kehidupan yang lebih baik seperti kita.

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Kita boleh mencipta berjuta alasan untuk menidakkan tanggungjawab kita menyantuni ibu bapa yang uzur. Tapi memerlukan hanya satu alasan untuk menjadi anak yang bertanggungjawab. Merekalah yang menjadikan kita seperti hari ini. Tanpa mereka siapalah kita.

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Kita boleh menggunakan sekecil-sekecil isu untuk memulakan permusuhan. Juga boleh mengelakkan sebesar-besar isu untuk terus berkasih sayang. Semuanya dari kita. 😊

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Kalau kita selalu ingat pengorbanan... susah payah ibu bapa kita membesarkan kita, pasti kita tidak akan memberi pelbagai alasan untuk menyantuni mereka.

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Kadang-kadang kita terlalu memandang rendah pekerjaan orang lain sehinggakan kita tidak tahu betapa sukarnya pekerjaan tersebut sehinggalah kita melakukannya sendiri.

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Kita selalu tenang dalam kehidupan kita. Tapi akan ada orang lain yang akan menganggu hidup kita dan membuat kita tidak lagi tenang. Begitulah kehidupan.

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Janganlah kita merasa terlalu hebat sehingga kita merendah-rendahkan orang lain. Hari ini mungkin kita masih di atas, tapi kita tidak tahu kesudahan nasib kita selepas ini. Be humble. Be Kind. 😊

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Kita terlalu sibuk menghitung dosa dan pahala orang lain. Sedangkan yang akan dihitung di hadapan Allah adalah dosa dan pahala kita. Tingkatkan amalan kita, kurangkan mengambil tahu hal orang lain. 😊

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Kalau hidup kita tidak gembira dan bahagia. Cukuplah setakat kita. Janganlah kita cuba merosakkan kegembiraan dan kebahagiaan orang lain.

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Naiklah setinggi mana pun asalkan jangan memijak yang lain. Jadilah sehebat mana pun asalkan jangan memburukkan yang lain.

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Usahlah merasa diri terpaling bagus,terpaling pandai,terpaling hebat,terpaling cemerlang,terpaling boss. Kerana di setiap terpaling kita itu ada lagi orang yang terpaling dari kita. Di akhirnya semua yang terpaling itu akan tetap jadi terpaling jenazah yang hanya amal dibawanya

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Kadang-kadang diam dan berpura-pura bodoh akan lebih menenangkan. Sebab kita akan dapat melihat orang yang terpaling tahu dan terpaling pandai akan mengeluarkan hujah.

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Ibumu diciptakan hanya satu kali dan tidak akan terulang kembali. Hati ibu itu sempurna. Tidak peduli kamu sering menyakitinya, dia akan selalu kata maaf untukmu.

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Hidup ini mudah. Kalau orang kawan kita, kita kawan orang. Kalau orang tak kawan kita, fikir.. Perlu ke kita kawan orang tu? Kalau tak perlu...Move on jer... Tak perlu nak emosional sangat sampai terganggu hidup kecuali kita memang tak sanggup hilang kawan tu. ✌️

MokCik (@maizatulasma_) 's Twitter Profile Photo

Jaga hubungan dengan Allah. Santuni kedua ibu bapa sebaiknya Allah sentiasa hadirkan rezeki yang mencukupi. Allah akan keluarkan dari kesulitan yang kita hadapi. In shaa Allah. Semuanya dari Allah. Kita hanya hambaNya yang fakir lagi hina.