Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile
Imam Muda Hassan

@imammudahassan

Juara Imam Muda Musim Ke-2 (ASTRO/JAWI). Contact me at 0126969050

ID: 322964640

linkhttp://hassanadli.my calendar_today24-06-2011 01:26:50

3,3K Tweet

66,66K Followers

694 Following

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Setiap pagi adalah peluang baru untuk taubat. Tapi kalau hati masih leka, pagi pun jadi tak bermakna. Sibukkan pagi dengan zikrullah. Bacalah Al-Quran walaupun sedikit. Sebab pagi waktu Malaikat turun-naik ke langit. Malaikat bawa ‘report’ pada Allah waktu pagi 💐 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Jika minggu ini penuh gelisah, biarlah Jumaat menjadi tempat jiwa berehat di bawah teduh rahmat Allah. Hari Jumaat bukan hanya penghulu hari, tapi peluang untuk menghulu dosa yang telah kita lakukan. Bacalah AlQuran, hayati maknanya, upgrade diri jadi insan bertaqwa💐 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Jamilah nama yang indah, maksudnya ‘cantik’. Lebih indah jika tuan empunya nama Jamilah memiliki akhlak wanita solehah. Walaupun isteri teman bukan Jamilah namanya, tapi dia tetap ‘Jamilah’ di mata teman. Setiap suami memiliki Jamilahnya. Hargai dan sayangilah dia 🧕🏻 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Kadang Allah datangkan hujan lebat supaya kita belajar berteduh pada-Nya, bukan pada manusia. Di saat hujan tidak berhenti, ramai akan berdoa dengan tulus hati supaya tidak ditimpa musibah, ketika itu kita sangat berharap padaNya. Di dalam hujan, tarbiah untuk hati💐 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Bahagia tidak hadir pada hati yang sibuk membanding, tapi ia tumbuh pada hati yang sibuk menghargai. Setiap manusia yang bersama kita, sudah cukup untuk menjadikan kita insan paling kaya. Bahagia itu apabila melihat setiap detik hidup sebagai hadiah daripada Tuhan 💐 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Lagi 3 hari nak masuk bulan Rejab. Bila masuk Rejab, tanda Ramadan semakin dekat. Bersihkanlah hati dari sifat hasad, benci, dendam yang tak berkesudahan. Sifat mazmumah tidak menguntungkan diri, bahkan membunuh diri sendiri. Lagipun, dunia sudah di penghujung usia 💐 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Salam 1 Rejab. Kata Imam As-Syafie, malam ni malam mustajab doa. Sama-samalah kita hidupkan malam ni dengan minta ampun dan munajat padaNya. Malam 1 Rejab setahun sekali, jangan pula kita leka dan lalai malam ni. Rezeki dah ada depan mata, tinggal nak ambil sahaja 💐 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Hari ni Jumaat pertama di bulan Rejab 1447. Syukur Allah bagi rezeki untuk kita berada di salah satu bulan Haram. Banyakkan ibadah, latih diri kawal nafsu, buatlah persediaan untuk menyambut Ramadan. Moga kita semua direzekikan untuk bertemu dengan Ramadan tahun ini🤲 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Setiap kali sampai hujung bulan, gaji masuk, tapi dalam masa yang sama perlu bayar bil dan komitmen bulanan. Ada suami atau ayah yang setiap hujung bulan mula sesak dada sebab tak cukup nak bayar itu ini. Ya Allah, kurniakan pada kami rezeki yang tak disangka-sangka🤲 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Ada waktunya Allah tidak menambah rezeki di tangan, tetapi Dia mengangkat beban di bahu. Itu juga rezeki. Dia lebih tahu apa yang kita mampu tanggung. 💐 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

2025 bakal berakhir, dan esok kita bakal memasuki episod baru, kisah baru 2026. Moga 2025 menjadi kenangan indah dan menginsafkan. Ya Allah, jadikan 2026 ini tahun yang bakal melakar sejarah indah untuk kami, dan menjadikan kami hambaMu yang semakin bersyukur padaMu🤲 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Kita dah melepasi separuh dari bulan Rejab. Hari ni Jumaat penuh barakah, di bulan haram pula, teruskan berdoa agar kita dipertemukan dengan Ramadan tak lama lagi. Ya Allah, rezekikan kami untuk bertemu dengan Ramadan Al-Kareem. Rahmati dan ampunilah dosa-dosa kami 🤲 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Hari ni dan semalam adalah hari pertama persekolahan. Selamat menuntut ilmu buat semua anak-anak. Dan selamat mendidik buat para pendidik. Teringat kata hikmah “Jika kamu tidak tahan terhadap penatnya belajar, maka kamu akan menanggung bahayanya kebodohan” 💐 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Ya Allah, limpahkan lembayung rahmatMu kepada kami, agar denganNya hati kami tenteram berjalan di atas muka bumi, denganNya kami tenang menjemput rezeki, denganNya kami bahagia menjalani kehidupan ini, denganNya kami sentiasa rasa qana’ah dan mensyukuri nikmatMu 🤲 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Hari ni Jumaat terakhir bulan Rejab 1447H. Cepat masa berlalu, tak lama lagi masuk bulan Syaaban. Gunakan peluang Jumaat yang mulia ini, doa yang baik-baik, minta ampun padaNya. Dan doakan juga untuk orang lain, itulah cara untuk Dia perkenankan doa kita 😊 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Ramadan bakal kita temui 25 hari lagi. Dengan berkat Jumaat di bulan Syaaban yang mulia ini, banyakkan berdoa agar direzekikan dapat kita bertemu dengan Ramadan kali ini. Jangan dilupa juga, Syaaban bulan yang banyak fadilatnya. Banyakkan ibadat, tinggalkan maksiat! #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Kita kejar dunia tiap hari, tapi bila Jumaat datang, jangan lupa kejar ampunan Tuhan. Tambah pula sekarang bulan Syaaban, bulan yang diangkat amalan pada Tuhan. Dia sumber rezeki, Dia sumber bahagia. Carilah bahagia dengan kembali berharap padaNya, bukan pada dunia 💐 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Ketika semua pergi, Allah tetap ada, Dia tidak pernah pergi tinggalkan kita. Dan itulah "cukup" yang paling sempurna. Bila Dia di hati, hidup ini paling bahagia. Bila Dia di hati, terasa lapang di dada. Bila Dia di hati, hilang segala duka. Di hati, Dia tetap ada 💐 #iiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Malam ini malam NISFU SYAABAN. Jangan lupa untuk hidupkan malam ni dengan banyakkan amal ibadat, terutamanya Istighfar, kerana malam ni Allah ampunkan semua dosa hambaNya kecuali Musyrik dan mereka yang bertelagah. Malam ni juga malam mustajab doa kata Imam Syafie 💐 #jiwatenang

Imam Muda Hassan (@imammudahassan) 's Twitter Profile Photo

Ramadan tak sampai 2 minggu lagi komer. Ater, apa perasaan nak sambut Ramadan? Teman doakan untuk teman dan komer semua dipanjangkan umur dapat bertemu dengan Ramadan tahun ini. Ya Allah sejahterakanlah kami hingga kami bertemu dengan penghulu segala bulan tahun ini🤲 #jiwatenang