YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

Ketika tersungkur, pegang kalimah ini:

Lā haula walā quwwata illā billāh

'Tiada upaya dan tiada kekuatan, melainkan dengan Allah.'

Nabi kata, ucapan ini salah satu daripada perbendaharaan syurga.

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

Setiap kita, ada bahagian rezeki yang Allah dah tetapkan.

Yakini itu.

Bila yakin, kita akan merasa cukup, terus usaha, dan paling penting tidak menyalahkan.

Jangan dengki dengan orang yang lebih, kerana itu bahagian rezeki mereka dan kita ada bahagian kita.

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

Kerajaan Firaun, setiap hari menindas Bani Israil hingga mereka lemah dan tidak mampu bangkit. Sehingga Allah utuskan Nabi Musa untuk bebaskan mereka.

Hari ini, Bani Israil ulang perkara sama dengan Firaun. Bezanya, umat Islam di sana terus teguh dan terus bangkit. Kenapa?

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

Cari masa untuk bersama al-Quran.

Jangan tunggu masa lapang, baru tercari-cari al-Quran.

Jadikan al-Quran sebagai prioriti dalam hidup, kerana di akhirat nanti dia yang akan datang membela kita, ketika tiada sesiapa yang sanggup membantu.

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

“Bila saya marah,'

kata Abu Darda' kepada sang isteri,

'tenangkan saya. Bila awak marah, saya tenangkan awak. Kalau tak buat macam ini, pasti cepat kita berpisah.”

- Ibn Hibban, Raudhatul ‘Uqala’ & Ibn ‘Asakir, Tarikh Dimasyq.

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

Tadi, saya mendengar perkongsian Maulana Nasaie Hanaffie tentang perbezaan manhaj Salafiyyah-Asyairah-Muktazilah dalam pegangan akidah.

Perkongsian yang menurut saya, mengharmonikan, dan menjelaskan titik utama permasalahan.

youtu.be/gORST8r1syU?si…

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

Teguran.

Masa kita, Allah akan tanya. Jika kita tak berkesempatan buat kebaikan, janganlah masa dihabiskan dengan kemaksiatan.

Maaf. Menyibuk dalam hal rumah tangga artis, hukumnya haram. Mencari-cari aib, kemudian bergosip tentangnya. Semua itu termasuk dosa yang besar.

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

Sebut Terengganu, mesti teringat penyu.

Seronok bila difikirkan, kita satu bangsa yang ada kerencaman budaya dan tarikan. Kita lebih kuat bila bersama.

Nasib baik Kementerian Perpaduan Negara adakan Sambutan Minggu Perpaduan.

Kali ini di Terengganu!

Sebut Terengganu, mesti teringat penyu. 

Seronok bila difikirkan, kita satu bangsa yang ada kerencaman budaya dan tarikan. Kita lebih kuat bila bersama. 

Nasib baik @PerpaduanNegara adakan Sambutan Minggu Perpaduan.

Kali ini di Terengganu!
account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

Isteri, menurut al-Quran, adalah pakaian bagi suami. Begitu juga suami adalah pakaian bagi isteri.

Pakaian sifatnya melindungi. Ketika kesejukan, pakaian memberikan kehangatan. Ketika kurang keyakinan, pakaian memberikan kekuatan.

Pakaian yang cantik pastinya mendamaikan.

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

Bagaimana caranya punyai self-esteem yang tinggi...

Bagaimana caranya yakin dengan diri sehingga tidak direndah-rendahkan...

Ada sesiapa yang boleh berikan perkongsian atau nasihat tentang hal ini?

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

Ada yang berminat untuk sertai sekiranya saya membuka kelas pengajian hadis atas talian?

Syaratnya:
1. Fokus belajar
2. Belajar hingga khatam

Kitab: Taysir Mustolah al-Hadith

Nota disediakan.
Kelas: 2 kali seminggu, waktu malam.
Yuran: RM50 per bulan

account_circle
YAZID HAMKA(@yazid_hamka_) 's Twitter Profile Photo

'Sabarlah keluarga Yasir, bagimu syurga di sana.'

[Al-Tabarani, al-Mu'jam al-Awsat, 1508]

Apa yang berlaku kepada keluarga Yasir?

account_circle