karl_hk (@karlhk4) 's Twitter Profile
karl_hk

@karlhk4

tenang, friendly

ID: 1489704431948275712

calendar_today04-02-2022 20:56:39

889 Tweet

51 Takipçi

135 Takip Edilen

Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Tahniah TYT Rishi Sunak di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri United Kingdom. Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan TYT untuk meraih potensi hubungan kedua-dua negara. Saya yakin, dengan dedikasi dan kepimpinan TYT, kerjasama sedia ada ini akan terus diperkukuh.

Tahniah TYT <a href="/RishiSunak/">Rishi Sunak</a> di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri United Kingdom.

Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan TYT untuk meraih potensi hubungan kedua-dua negara. 

Saya yakin, dengan dedikasi dan kepimpinan TYT, kerjasama sedia ada ini akan terus diperkukuh.
Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Sepanjang kempen Pilihan raya kali ini, saya banyak bertemu kembali kenalan dan penyokong setia saya dan Barisan Nasional sejak saya mula menceburi politik.

Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Saya melihat jerit perih akar umbi, yang menggantung bendera, yang menunggu di pondok panas, yang menyediakan juadah kepada jentera secara rewang, semuanya atas nama “Kesetiaan”.

Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Hari ini saya bertemu penyokong veteran UMNO, En Hamid, En Bakar & En Ahmad di Felda Sebertak. Mereka yang berusia lebih 70 tahun, sanggup datang program seawal pagi dan menyapa saya, bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN.

Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Ini nilai yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ini lah penghargaan yang perlu beri semula kepada penyokong dan pengundi kita dengan khidmat bakti terbaik buat mereka.

Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Parti ini bukan soal individu, parti ini soal setiap peluh dan keringat, yang tidak pernah lelah memberi sokongan, walau apa jua yang datang.

Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Pesan buat sahabat-sahabat saya, ini bukan masa untuk kita berpecah belah, ini bukan masa untuk kita protes dan boikot. Ingatlah setiap daripada wajah yang telah bersama kita. BN mesti menang!

Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Tahniah kepada jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou yang merangkul gelaran juara buat kali ketujuh di Kejohanan Badminton Para Dunia di Tokyo, Jepun. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada saudara Cheah.

Tahniah kepada jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou yang merangkul gelaran juara buat kali ketujuh di Kejohanan  Badminton Para Dunia di Tokyo, Jepun.

Selamat maju jaya saya ucapkan kepada saudara Cheah.
Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Semoga kecemerlangan yang diraih saudara Cheah menjadi pembakar semangat atlet-atlet para lain untuk berjaya dalam bidang atau acara sukan masing-masing. Buktikan kepada semua bahawa kekurangan fizikal bukan penghalang untuk berjaya dalam hidup.

Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Kalau datang Felda Kumai mesti meriah dengan keakraban yang menjadi tiang seri kesejahteraan Keluarga Malaysia di Parlimen Bera. Tak kira apa jua peringkat umur, kami suburkan keharmonian di Bera dalam program moh ngeteh sambil berkongsi momen dan cerita.

Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Saya juga bertemu dengan jentera BN di bilik gerakan PDM Felda Kumai dalam memastikan kemenangan BN di DUN Guai. InsyaAllah BN akan mengekalkan kemenangan di DUN Guai 💪

Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Dari Felda Kumai, saya ke Felda Purun, bertemu dengan warga peneroka. Alhamdulillah, saya juga sempat menyantuni anak muda di Felda Purun, termasuk mendengar luahan mereka.

Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Santai sahaja tanpa perlunya protokol. Mereka sudah biasa dengan saya dan luahan suara mereka, saya dengari dan diberikan perhatian. Terima kasih warga Felda Purun atas kehadiran pada pertemuan hari ini…kita adalah Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Esok kita dah mengundi. Buat warga perantau, pulanglah untuk menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi. Pilihlah Barisan Nasional. Demi kestabilan dan kemakmuran negara yang kita cintai.

Esok kita dah mengundi.

Buat warga perantau, pulanglah untuk menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi.

Pilihlah Barisan Nasional. Demi kestabilan dan kemakmuran negara yang kita cintai.
Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Berpeluang bertemu dengan masyarakat Orang Asli Pos Iskandar. Bangga melihat kehadiran yang amat ramai sehingga melimpah ke luar dewan. Seterusnya ke Kg Pasal untuk bertemu dengan warga Kg Pasal. Hubungan saya dengan Kg Pasal sudah 30 tahun lamanya.

Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Bersama mahasiswa mahasiswi anak Bera.. Memang ‘fun’ bila bersama-sama mereka. Sewaktu saya menjadi Ahli Parlimen Bera tahun 2004 ada di antara mereka baru berumur 2 tahun.. Cepat masa beredar...sekarang mereka dah menjadi mahasiswa mahasiswi. Alhamdulillah syukur.

Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Saya memilih untuk bekerja demi kepentingan rakyat dan negara. Pilihlah parti yang menumpukan kestabilan dan kemakmuran negara. Iaitu Barisan Nasional. Undi lah Barisan Nasional 🇲🇾

Saya memilih untuk bekerja demi kepentingan rakyat dan negara.

Pilihlah parti yang menumpukan kestabilan dan kemakmuran negara.

Iaitu Barisan Nasional. 

Undi lah Barisan Nasional 🇲🇾
Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Pengundi telah membuat keputusan. Saya menghormati pilihan dan mandat yang telah diberikan.. Terima kasih kepada semua pengundi yang menjalankan tanggungjawab mereka mengundi selaras dengan peruntukan perlembagaan. Semoga Malaysia terus kekal aman dan makmur.

Pengundi telah membuat keputusan.

Saya menghormati pilihan dan mandat yang telah diberikan..

Terima kasih kepada semua pengundi yang menjalankan tanggungjawab mereka mengundi selaras dengan peruntukan perlembagaan.

Semoga Malaysia terus kekal aman dan makmur.
Ismail Sabri (@ismailsabri60) 's Twitter Profile Photo

Alhamdulillah, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan. BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN). Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.