kopiahhijau (@kopiahhijau25) 's Twitter Profile
kopiahhijau

@kopiahhijau25

Jaga negara dan agama dengan menyebarkan Akidah yang benar | Nasihat Ulama

ID: 2954474954

calendar_today01-01-2015 07:26:31

5,5K Tweet

16,16K Followers

3,3K Following

kopiahhijau (@kopiahhijau25) 's Twitter Profile Photo

Kalimah الله maknanya yang bagi-Nya sifat ketuhanan.Dia layak bagi-Nya 'ibādah iaitu kemuncak kekhusyukan dan kerendahan. Allāh ta'ālā berfirman : Allāh pencipta bagi segala sesuatu. Sifat ketuhanan adalah berkuasa atas mengeluarkan sesuatu dari keadaannya tiada kepada ada.

Kalimah الله maknanya yang bagi-Nya sifat ketuhanan.Dia layak bagi-Nya 'ibādah iaitu kemuncak kekhusyukan dan kerendahan. 

Allāh ta'ālā berfirman : Allāh pencipta bagi segala sesuatu.

Sifat ketuhanan adalah berkuasa atas mengeluarkan sesuatu dari keadaannya tiada kepada ada.
kopiahhijau (@kopiahhijau25) 's Twitter Profile Photo

Jangan sesekali tinggal majlis ilmu agama supaya kita sentiasa dapat peringatan. Kita masih didunia, ujian kita belum habis. Seorang kena fikir, apakah cara untuk dia selamat daripada fitnah-fitnah dunia. Jika tidak hadir ke majlis ilmu, dari mana peringatan itu nak sampai?

kopiahhijau (@kopiahhijau25) 's Twitter Profile Photo

"Orang yang hatinya terpaut dengan akhirat susah untuk kita ikutinya kerana hati kita dah biasa terpaut dengan dunia" - Sheikh Muzaffar

kopiahhijau (@kopiahhijau25) 's Twitter Profile Photo

Pada hari isnin : 1) Nabiy Muḥammad ﷺ dilahirkan 2) Nabiy Muḥammad ﷺ mengangkat Ḥajar Aswad 3) Nabiy Muḥammad ﷺ diturunkan atasnya waḥyu 4) Nabiy Muḥammad ﷺ berhijrah ke Madinah 5) Nabiy Muḥammad ﷺ sampai ke Madinah 6) Nabiy Muḥammad ﷺ wafat

kopiahhijau (@kopiahhijau25) 's Twitter Profile Photo

Al-Imām Al-Ghozāliy -semoga Allāh merahmatinya- pernah berkata : "Carilah bagi saudara kamu tujuh puluh keuzuran, sekiranya kamu tidak mendapati baginya keuzuran, maka hendaklah kamu kata : boleh jadi baginya keuzuran yang aku tidak mengetahui tentangnya."

kopiahhijau (@kopiahhijau25) 's Twitter Profile Photo

Makna اللهم صَلِّ على محمَّد adalah Ya Allāh, tambahkanlah Nabiy Muḥammad ﷺ kemuliaan dan keagungan.

kopiahhijau (@kopiahhijau25) 's Twitter Profile Photo

Antara peristiwa yang berlaku pada hari 'Āsyūrō' : -Allāh menerima taubat Nabiy Ādam ﷺ -Allāh menyelamatkan bahtera Nabiy Nūḥ ﷺ daripada tenggelam -Allāh menenggelamkan Fir'aun -Allāh menyelamatkan Nabiy Mūsā ﷺ daripada di sakiti oleh Fir'aun

kopiahhijau (@kopiahhijau25) 's Twitter Profile Photo

Antara peristiwa yang berlaku pada hari 'Asyūrō : -Allāh menyelamatkan Nabiy Yūnus ﷺ daripada perut ikan -Allāh menyembuhkan Nabiy Ayyūb ﷺ yang diuji 18 tahun dengan penyakit yang tidak menyebabkan orang lari daripada menerima dakwahnya seperti keluar ulat dari badan baginda

kopiahhijau (@kopiahhijau25) 's Twitter Profile Photo

Antara peristiwa yang berlaku pada hari 'Āsyūrō' : -Berlaku perang Dhat Ar-Riqō' -Sayyidunā Al-Ḥusain semoga Allāh mereḍainya mati syahid

kopiahhijau (@kopiahhijau25) 's Twitter Profile Photo

Allāh ta'ālā, tidak disifatkan dengan berada di dalam alam, atau di luar alam kerana yang bersifat dengan sifat berada didalam atau diluar adalah makhluk.. Allāh berfirman : { وَلِلَّهِ ٱلۡمَثَلُ ٱلۡأَعۡلَىٰۚ } Allāh mempunyai sifat yang tidak sama seperti sifat makhluk.