Kampong Girl (@notadakwah) 's Twitter Profile
Kampong Girl

@notadakwah

πŸ’

ID: 260745652

calendar_today04-03-2011 14:20:29

43,43K Tweet

145,145K Followers

26 Following

Kampong Girl (@notadakwah) 's Twitter Profile Photo

Pernah tak bila nak tidur, terasa takut nak lelap sebab takut esok kita mati 😭 kalau ada, kita sama. Terasa macam paranoid 😭

Kampong Girl (@notadakwah) 's Twitter Profile Photo

Kadang, kita rasa penat dengan manusia. Penat dengan cacian, penat dengan perli saat kita nak berubah. Tapi tanpa kita sedar, Allah SWT hadirkan secara tiba-tiba sahabat yang memberi kata semangat tanpa dipinta. Syukur alhamdulillah

Kampong Girl (@notadakwah) 's Twitter Profile Photo

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yg kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kpd Allah yg mengetahui segala yg ghaib dan yg nyata, lalu Ia memberitahu kpd kamu apa yg kamu telah lakukan (serta membalasnya)."

Kampong Girl (@notadakwah) 's Twitter Profile Photo

Percayalah wahai sahabat, kematian itu pasti bagi sesuatu yang bernyawa. Kita tak akan pernah dapat lari dari kematian. Syukur kita masih bernafas hari ini, masih ada masa untuk bertaubat, masih dapat buat ibadah, berlaku baik sesama manusia.

Kampong Girl (@notadakwah) 's Twitter Profile Photo

Sewaktu nyawa kita ditarik, sakitnya hanya Allah SWT Maha Mengetahui akan peritnya. Saat itu, tiada lagi ruang untuk kita bertaubat. Jasad kita terbaring kaku, kita dapat melihat segalanya. Saat dimandikan, saat dikapankan, saat ditanamkan. Allah 😭

Kampong Girl (@notadakwah) 's Twitter Profile Photo

Kalau syurga dijanjikan untuk kita, sesungguhnya kita tak sabar mahu duduk di dalamnya. Kalau sebaliknya, kita akan merayu supaya dihidupkan kembali kerana balasan Neraka Allah SWT hanya Allah Maha Mengetahui akan perit dan sengsaranya 😭

Kampong Girl (@notadakwah) 's Twitter Profile Photo

Wahai sahabat, selagi kita ada masa ni, marilah kita tinggalkan maksiat, dan tingkatkan ibadah kita. Mati itu rahsia Allah jadi dah bersiap sediakah kita?

Kampong Girl (@notadakwah) 's Twitter Profile Photo

Kesihatan adalah satu nikmat yang kita kena bersyukur sangat. Bila kita sakit, satu badan kita lembik. Semoga cepat sembuh wahai diri, syafakillah 😷😷

Kampong Girl (@notadakwah) 's Twitter Profile Photo

Tatkala kami keletihan berjuang, masih ada berdegil dengan joging, bersiar-siar, keluar bersosial. Tolong rakyat Malaysia, kami letih. Kami tinggalkan rumah untuk berjuang tapi anda mensia-siakan 😭

Kampong Girl (@notadakwah) 's Twitter Profile Photo

Balik kerja, tengok orang berjoging, tengok orang masih lepak warung. Allahu, arahan senang. Duduk rumah, jangan sebarkan lagi virus 😭